Nadal tetap pilihan juarai Wimbledon

Nadal tetap pilihan juarai Wimbledon

RAFAEL Nadal menarik diri pada separuh akhir Wimbledon akibat koyak otot perut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jangan bimbang, Rafael Nadal dalam keadaan terbaik untuk mencabar kejuaraan Wimbledon buat kali ketiga biarpun berdepan kecederaan kecil di kaki.

Itu penegasan jurulatih jaguh Sepanyol itu, Marc Lopez sehari sebelum kejohanan tenis tertua dunia tersebut membuka tirai di All England Club, London hari ini.

Nadal, 35, yang menjulang trofi Wimbledon 2008 dan 2010 memenangi Grand Slam ke-22 dengan muncul juara Terbuka Perancis awal bulan ini.

Begitupun sejurus kemena­ngan itu, dia mendedahkan, kakinya telah dibius kerana kesakitan yang dialami akibat keadaan kronik sindrom Mueller-Weiss.

“Ketika ini semuanya positif. Isu kaki yang selalu menjadi perkara paling membimbangkan semua okey.

“Nadal bermain dengan ­sangat baik ketika menentang (Stan) Wawrinka dan kini perlu bersedia untuk perlawanan pusingan pertama Wimbledon pada Selasa ini.

“Apa yang anda perlu lakukan setiap hari adalah berasa lebih selesa di permukaan ini (rumput), yang mana anda ­jarang bermain sepanjang tahun.

RAFAEL Nadal menjulang trofi Grand Slam ke-22 pada Terbuka Perancis bulan ini. – AFP

“Nadal tidak bermain di sini selama tiga tahun, jadi banyak perkara yang perlu ditambah dalam sesi latihan.

“Mungkin situasi itulah yang membuat anda semua rasa tidak sedap hati,” katanya.

Terdahulu pengumuman mengatakan Nadal akan menjalani pembedahan kecil di kaki selepas tamat Terbuka Perancis membimbangkan peminat pemain No. 4 dunia itu.

Begitupun Khamis lalu, Nadal kelihatan positif ketika menewaskan bintang Switzerland, Wawrinka untuk menjuarai Kejohanan Giorgio Armani Classic.

Nadal akan menentang pemain Argentina, Francisco Cerundolo pada pusingan pertama Wimbledon dan Lopez menjangkakan ujian yang ­sukar.

“Dia (Cerundolo) bermain dengan sangat baik di Miami apabila mara ke separuh akhir.

“Kami belum menganalisis undian tetapi semua pesaing di atas gelanggang rumput adalah sukar kerana ia permukaan yang istimewa,” ujar Lopez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya