Menang dengan ‘cara kita’ - Pan-gon

Menang dengan ‘cara kita’ – Pan-gon

PEMAIN Malaysia menjalani latihan terakhir di Kuala Lumpur semalam dalam persiapan menghadapi Hong Kong pada aksi kedua persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya mahu menyerang, menguasai perlawanan dan bermain dengan ‘DNA’ sendiri apabila menentang Hong Kong dalam aksi persahabatan di Bukit Jalil malam ini bagi meningkatkan keyakinan menjelang Kelayakan Piala Asia 2023 yang membuka tirai minggu depan.

Kemenangan 4-0 ke atas Brunei dalam aksi persahabatan pertama, Jumaat lalu tidak cukup meyakinkan.

Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon percaya, menang ke atas pasukan ranking ke-147 dunia, Hong Kong suntikan semangat sebenar yang diperlukan pasukannya.

“Kami bukan sahaja mahukan kemenangan menentang Hong Kong, malah bagaimana cara kami hendak menang. Adakah kami hanya mahu menang dengan menunggu kesilapan lawan?

“Pastinya kami mahu mencari kemenangan dengan aksi menarik, salah satu cara adalah menguasai permai­nan, menyerang untuk menang. Inilah kemenangan yang kami mahukan,” katanya.

Pan-gon amat mengenali kebanyakan pemain Hong Kong kerana pernah membimbing negara itu dari 2009 hingga 2010 dan 2012 hingga 2017.

Beliau percaya, kemenangan ke atas bekas pasukan bimbingannya akan meningkatkan keyakinan Harimau Malaya untuk berdepan ujian lebih getir pada kempen kelayakan nanti.

Malaysia akan memulakan kempen Kumpulan E dengan menentang Turkmenistan pada Rabu depan, diikuti Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh pada 14 Jun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN