Mana taring Gergasi Merah?

Mana taring Gergasi Merah?

MOHAMADOU Sumareh (kanan) menanduk gol kelima JDT ketika membantu Harimau Selatan membaham Selangor 5-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kelmarin. – MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tujuh tahun tidak memenangi sebarang trofi, dibaham pula 5-1 oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super kelmarin menambah keresahan penyokong Selangor mengenai hala tuju pasukan itu.

Pernah digelar King of Malaya kerana kehebatannya suatu ketika dulu, prestasi hambar Red Giants memberi kedukaan buat peminat yang berharap pasukan kesayangan mereka tidak me­nerima nasib serupa dengan stadium ‘keramat’, Stadium Shah Alam yang kini menunggu masa untuk rebah.

Memegang reputasi sebagai juara Piala Malaysia paling banyak dengan 33 gelaran, malangnya kali terakhir Selangor menjulang trofi berprestij itu adalah pada 2015.

Pernah menjuarai enam kejuaraan liga utama, tetapi Red Giants tidak pernah merasai nikmat kemenangan sejak 2010.

Bekas bintang penyerang ­Selangor, Mohd. Nizaruddin Yusof menegaskan, sudah tiba masa rombakan secara menyeluruh dibuat Selangor.

 

PENJAGA gol Selangor, Khairulazhan Khalid (kanan) dibantu oleh Shahrul Nazeem Zulpakar selepas gagal menyelamatkan gawangnya daripada dibocori JDT lima kali. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Bukan ingin mengeruhkan keadaan atau membuka pekung di dada tetapi melihatkan ­prestasi sejak dua tahun kebelakangan ini tiada apa yang boleh dibanggakan dengan skuad bimbingan pengendali dari Jerman, Michael Feichtenbeiner.

“Sudah dua hingga tiga tahun saya lihat prestasi yang sama berlaku kepada Selangor, mungkin tiba masanya jurulatih perlu ditukar begitu juga beberapa pemain yang tidak menunjukkan prestasi dalam pasukan.

“Bukan kata nak cuba ber­saing dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) kita jauh ketinggalan tetapi juga pasukan-pasukan lain agar sukar.

“Secara jujur saya tidak sukar dengan DNA Jerman yang diterap­kan, walaupun saya jarang bersuara, hidup dan mati saya tetap Selangor selamanya,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

MICHAEL FEICHTENBEINER

Nizaruddin yang bermain bersama Selangor pada 2001 hingga 2003 melihat tidak ­banyak perubahan berlaku dalam pasukan ketika ini.

“Ada nampak perubahan tetapi tidak secara menyeluruh, saya pun terfikir juga macam mana Selangor ingin menang Piala FA dan Piala Malaysia.

“Kemenangan besar 7-0 mengatasi Sarawak United sebelum ini bukan ukuran kerana (Sarawak) berada dalam prestasi yang tidak konsisten,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Di laman sosial, penyokong Red Giants meluahkan kekecewaan dan Facebook rasmi ­Selangor FC antara yang menjadi sasaran lepas geram.

“Lepas tengok keputusan malam tadi, tengok pula rupa paras Stadium Shah Alam sekarang, rasa nak nangis di bucu katil,” tulis Reza Fitri.

Football is about up and down. Masalahnya, up sekali, down 10 kali. Dah berapa tahun bagi peluang. Progress itu tak nampak. Gameplay tak konsis­ten,” tulis seorang lagi peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya