LONDON: Sadio Mane bakal mengucapkan selamat tinggal kepada Liverpool selepas gergasi Liga Perdana Inggeris itu akhirnya mencapai persetujuan mengenai yuran perpindahan dengan Bayern Munich.
Dua tawaran Bayern untuk mendapatkan Mane sebelum ini ditolak.
Begitupun, persetujuan dicapai hari ini selepas pengurusan tertinggi kelab Jerman itu terbang ke England untuk mengadakan rundingan.
Bayern yang mahu menguatkan jentera serangan selepas pemergian Robert Lewandowski bersetuju dengan perjanjian bernilai 35 juta pound (RM189 juta) bersama kontrak tiga tahun, menurut Sky Sports.
My favourite @LFC player of this era, Sadio Mane finally departs ? low maintenance high performance & never injured! Trophies & goals galore, a true Liverpool Legend. Thank you Sadio ❤️ https://t.co/X2XrPGEFaX
— Jamie Carragher (@Carra23) June 17, 2022
Bintang Senegal berusia 30 tahun itu memberi bayangan sebelum final Liga Juara-Juara bahawa dia mahu mencari cabaran baharu walaupun mempunyai hubungan baik dengan pengurus, Jurgen Klopp dan penyokong di Anfield.
Liverpool akan menerima secara terus 27.5 juta pound (RM148 juta) buat Mane.
Thank you for everything, Sadio ❤️ pic.twitter.com/v5biaKGT6X
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) June 17, 2022
Reds kemudian menerima 5 juta pound (RM27 juta) lagi dalam bentuk bayaran tambahan selain 2.6 juta pound (RM14 juta) berdasarkan persembahan.
Mane dijangka menjalani ujian perubatan minggu depan sebelum mengesahkan perpindahan ke Jerman. – AGENSI