DALAM keadaan cuaca yang semakin panas dan tidak menentu kebelakangan ini, keperluan terhadap peranti penyejukan yang praktikal, mudah digunakan dan fleksibel menjadi semakin penting.
Menyedari keperluan ini, Acerpure tampil memperkenalkan dua inovasi baharu dalam siri COZY yang direka khusus untuk memenuhi gaya hidup rakyat Malaysia, baik di dalam rumah mahupun di luar.
Dua produk tersebut ialah Acerpure COZY F5, kipas pengedaran udara senyap untuk kegunaan dalaman dan Acerpure COZY HF2, kipas kabus mudah alih yang sesuai untuk aktiviti luar.
Kedua-duanya hadir dengan pendekatan berbeza tetapi berkongsi matlamat yang sama: memberikan keselesaan maksimum dalam cuaca panas dengan cara yang lebih pintar dan efisien.
Bagi mereka yang mengutamakan keselesaan dalam rumah, Acerpure COZY F5 menawarkan pengalaman penyejukan yang bukan sahaja efektif, tetapi juga hampir tidak disedari dari segi bunyi.
Dengan tahap kebisingan serendah 26dB, kipas ini sangat sesuai digunakan di bilik tidur, ruang kerja atau ruang tamu tanpa mengganggu aktiviti seperti tidur, membaca atau bekerja dan ini menjadikannya pilihan ideal untuk pengguna yang sensitif terhadap bunyi latar belakang.
Dari segi prestasi, COZY F5 dikuasakan oleh motor DC Japan Tech yang terkenal dengan kecekapan tenaga dan ketahanan jangka panjang. Ia digabungkan dengan reka bentuk dwi lapis 14 inci yang mampu menghasilkan aliran udara kuat tetapi tetap lembut.
Antara kelebihan utama aliran udara sehingga 31 meter padu seminit, memastikan penyejukan pantas, liputan sehingga 100 meter persegi, sesuai untuk ruang besar, fungsi ayunan 3D, mengedarkan udara ke seluruh ruang secara sekata
Tambahan pula, kipas ini dilengkapi dengan pelbagai mod dan tetapan yang membolehkan pengguna menyesuaikan pengalaman mengikut keperluan lapan ahap kelajuan angin, mod alam untuk simulasi angin semula jadi, mod tidur untuk penggunaan malam yang lebih senyap, pelarasan ketinggian untuk fleksibiliti penggunaan
Malah, reka bentuknya juga mengambil kira aspek penyelenggaraan, dengan komponen yang mudah ditanggalkan bagi tujuan pembersihan, sesuatu yang sering menjadi keutamaan dalam penggunaan jangka panjang.
Sementara itu, penyejukan mudah alih sesuai aktiviti di luar iaitu Acerpure COZY HF2 menawarkan solusi penyejukan yang lebih fleksibel dan mudah dibawa ke mana sahaja.
Direka untuk pengguna yang gemar aktiviti seperti berkhemah, berkelah, BBQ atau sekadar bersantai di beranda rumah, kipas ini hadir tanpa wayar dan cukup kompak untuk dibawa ke pelbagai lokasi.
Apa yang membezakan COZY HF2 daripada kipas mudah alih biasa ialah fungsi kabus (mist cooling) yang membantu menurunkan suhu persekitaran dengan lebih efektif.
Gabungan angin dan semburan kabus halus memberikan penyejukan yang lebih menyegarkan, terutama dalam cuaca panas terik.
Ciri-ciri utama termasuk bateri 6000mAh, menyokong penggunaan sehingga 8.5 jam fungsi kabus penyejuk, sesuai untuk jarak dekat, Pengecasan USB-C, lebih universal dan mudah, boleh digunakan ketika mengecas, sesuai untuk penggunaan berpanjangan
Selain itu, reka bentuk tanpa wayar, memberi kebebasan pergerakan dan kipas ini juga boleh dipasang pada dinding, menjadikannya sesuai untuk ruang kecil atau penggunaan sementara seperti di khemah atau kawasan luar yang terhad.
Kedua-dua produk ini jelas menunjukkan pendekatan Acerpure dalam memahami keperluan pengguna tempatan.
Dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun, solusi penyejukan bukan lagi sekadar pilihan, tetapi satu keperluan harian.
COZY F5 memberi fokus kepada keselesaan dalaman dengan operasi senyap dan liputan luas, manakala COZY HF2 pula menekankan mobiliti dan fleksibiliti untuk kegunaan luar.
Gabungan ini memberikan pengguna lebih banyak pilihan bergantung kepada gaya hidup masing-masing.
Sempena pelancaran di Malaysia, Acerpure turut menawarkan promosi menarik untuk kedua-dua produk COZY HF2 (harga asal: RM399) manakala, harga promosi RM299
Percuma bantal Acerpure COZY F5 (harga asal RM499), harga promosi RM409 dan pelanggan berpeluang mendapatkan kipas percuma Acerpure HF1 dan Touch ‘n Go eWallet RM20. – UTUSAN










