Harmony tergamam singkir Serena

Harmony tergamam singkir Serena

HARMONY YTan meraikan kejayaan menumpaskan Serena Williams pada pusingan pertama Wimbledon di All England Club, London semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Membuat penampilan sulung dalam Wimbledon, Harmony Tan melakar kejutan terbesar dengan mengecewakan juara tujuh kali, Serena Williams pada pertemuan yang disifatkan ‘penuh beremosi’ semalam.

Mempamer aksi terhebatnya, bintang tenis Perancis itu menang 7-5, 1-6, 7-6 (10/7) dalam pertarungan sengit, sekali gus memberi penamat menyedihkan buat Serena, 40, yang membuat kepulangan semula selepas setahun tidak beraksi.

Saya sangat emosi sekarang. Serena seorang superstar dan ketika muda saya telah menontonnya berkali-kali di TV. Ini Wimbledon pertama saya, ia sangat…wow!”

“Apabila melihat undian, saya benar-benar takut. Dia adalah Serena, seorang legenda dan saya seperti ‘ya tuhan saya bagaimana saya mahu bermain’.

“Jika saya boleh memenangi satu atau dua perlawanan sekali pun ia sangat bagus untuk saya.

“Saya ingin mengucapkan ­te­rima kasih kepada semua orang hari ini. Pasukan saya dan jurulatih, Nathalie Tauziat yang turut memainkan peranan ­ketika saya bermain dengan Serena.

“Terima kasih banyak kerana bersama saya selama ini,” kata Harmony.

REAKSI Serena Williams selepas kalah kepada Harmony Tan.

Pemain berusia 24 tahun itu bermula lebih baik dalam perlawanan itu kerana Serena tidak bermain dalam satu pun perlawanan perseorangan sejak Wimbledon tahun lalu.

Harmony yang membuat penampilan pertama di Wimbledon bijak mengawal permainan dan memaksa Serena bergerak ke setiap sudut gelanggang bagi mengambil kesempatan atas kekurangan kecergasan bintang Amerika Syarikat (AS).

Dia kini bakal berdepan ­pemain Sepanyol dan pilihan ke-32, Sara Sorribes Tormo pada pusingan kedua hari ini.

Tormo, 25, mara selepas mudah menyingkirkan pemain ­veteran AS, Christina McHale, 30, 6-2, 6-1. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN