Harimau Malaya berjuang bermati-matian untuk menang-PM

Harimau Malaya berjuang bermati-matian untuk menang-PM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) hadir menyaksikan Perlawanan Kumpulan E Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 Malaysia menentang Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yaakob menyifatkan kejayaan Malaysia mara ke Piala Asia 2023 secara merit adalah hadiah besar buat Keluarga Malaysia.

Ismail Sabri turut mengucapkan tahniah kepada para pemain yang berusaha keras dan berjuang bermati-matian untuk pastikan kemenangan 4-1 ke atas Bangladesh malam ini.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana penantian kita selama 42 tahun berakhir untuk melayakkan kita ke Piala Asia. Saya ucapkan tahniah kepada pemain kita yang berusaha keras dan berjuang bermati-matian.

“Terima kasih penyokong Malaysia sama ada di stadium atau yang berada di rumah dan depan TV untuk menyokong Harimau Malaya capai kemenangan pada malam ini.

“Saya doakan Malaysia akan berjaya pada Piala Asia nanti dan ini hadiah besar buat Keluarga Malaysia,” kata Perdana Menteri ketika ditemui pemberita selepas perlawanan.

Malam ini adalah kali kedua Perdana Menteri hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaysia selepas menyaksikan Malaysia menentang Bahrain Sabtu lalu.

Skuad Harimau Malaya mencatatkan sejarah baharu dengan menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit selepas menewaskan Bangladesh, 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan E kempen Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN