Dua gol awal 'bunuh' semangat pemain Selangor

Dua gol awal ‘bunuh’ semangat pemain Selangor

PENJAGA gol Selangor, Khairulazhan Khalid (kanan) dibantu oleh Shahrul Nazeem Zulpakar selepas gagal menyelamatkan gawangnya daripada dibocori JDT lima kali. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Dua jaringan awal Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri ‘membunuh’ moral pemain Selangor untuk bangkit pada perlawanan Liga Super yang berkesudahan 5-1 malam tadi.

Ketua Jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner berkata, anak-anak buahnya juga tidak memberi aksi  terbaik seperti yang dipamerkan ketika membelasah Sarawak United 7-0, Ahad lalu hingga memberi ruang kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) bermaharajalela.

“Sarawak United dan JDT dua pasukan yang berbeza. Malam ini kami bersungguh-sungguh untuk menang dan menjangkakan akan berdepan tentang sengit untuk membawa pulang tiga mata.

“Bagaimanapun ia tidak berlaku seperti yang dirancang setelah kami tidak bermula dengan baik apabila gawang dibolosi pada awal minit permainan dan gol kedua yang dijaringkan memberi kesan moral kepada pemain untuk bangkit semula.

MOHAMADOU Sumareh (tengah) meraikan jaringan kelima JDT ketika membaham Selangor 5-1 malam tadi. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

“Gol ketiga pada babak pertama itu menambah derita kami. Hari ini bukanlah persembahan terbaik kami. Daripada pengamatan saya, dua gol awal ini, ketinggalan dua gol awal itu meletakkan kami di kedudukan sukar untuk bangkit semula,” katanya.

JDT memperoleh gol awal seawal minit ketiga hasil jaringan Bergson dan Forestieri melebarkan kedudukan tuan rumah pada minit ke-25 menerusi sepakan percuma sebelum Leandro Velazquez menambah derita Gergasi Merah dengan meledak gol ketiga pada minit ke-34.

Mengenai perlawanan itu, pengendali kelahiran Jerman tersebut enggan meletakkan kesalahan itu kepada Khairulazhan Khalid semata-mata, sebaliknya menegaskan skuad Harimau Selatan beraksi lebih baik sehingga mampu meledak liga gol melepasi penjaga gol berkenaan.

“Cukup mudah untuk kita meletakkan kesalahan kepada seorang pemain, itu bukanlah cara saya. Kita menang sama-sama, kalah sama-sama dan mana-mana pemain tidak lari daripada melakukan kesalahan.

MICHAEL FEICHTENBEINER

“Dua gol awal yang dijaringkan JDT itu memberikan suntikan moral buat mereka yang dibarisi pemain berpengalaman untuk menguasai permainan. Saya menjangkakan kita mampu bersaing dan memberi tentangan, namun apa saya lihat adalah berbeza dan saya enggan menyalahkan mana-mana pemain,” katanya.

Feichtenbeiner menuntut anak buahnya untuk bangkit pada perlawanan seterusnya menentang Sabah FC bagi mendapatkan semula rentak kemenangan untuk menaikkan moral pemain bagi mengharungi saingan liga yang masih panjang.

“Sebelum ini kita seronok pesta gol, malam ini kita kena hadapi kekalahan ini setelah JDT lebih layak untuk menang. Sudah menjadi lumrah dalam bola sepak, kita hanya perlu bangkit pada perlawanan seterusnya,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya