Chelsea sediakan RM810 juta untuk Dembele, Sterling

Chelsea sediakan RM810 juta untuk Dembele, Sterling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chelsea sedia membelanjakan sekurang-kurangnya 150 juta pound (RM810 juta) untuk mendapatkan Ousmane Dembele dan Raheem Sterling pada perpindahan musim panas ini.

Penyerang Barcelona dan Manchester City itu dikatakan pemain paling sesuai untuk memperkuatkan jentera serangan Blues yang turut mendapat perhatian pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly.

Pandangan Thomas Tuchel dan pasukan bimbingannya akan menjadi pengaruh yang paling dominan dalam membuat keputusan bola sepak, dengan Boehly bertanggung jawab dalam rundingan.

Chelsea mungkin berdepan masalah untuk membawa masuk Dembele kerana jurulatih Barca, Xavi enggan melepaskan pemain berkenaan walaupun kontraknya akan tamat pada Jun depan.

Dembele, 25, dikatakan sedia untuk kekal di Barcelona ​​tetapi tidak pada gaji semasanya sekitar 150,000 pound (RM810,000) seminggu.

Chelsea dikatakan cuba menawarkan perjanjian bernilai 200,000 pound (RM1.08 juta) seminggu dalam tempoh empat tahun bagi mendapatkan tandatangan pemain ber­kenaan.

Sterling pula dikatakan menelan kos 60 juta pound (RM324 juta) dengan pemain antarabangsa England berusia 27 tahun itu sedang mempertimbangkan pilihannya dan mahu membuat keputusan dalam tempoh dua minggu akan datang.

Tuchel telah kehilangan Andreas Christensen kepada Barcelona dan Antonio Rudiger kepada Real Madrid, dan kini Barca kelihatan berminat sama ada Cesar Azpilicueta atau Marcos Alonso. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN