LONDON: LONDON: Gareth Bale menghancurkan hati ribuan peminatnya di Cardiff, apabila menolak tawaran Cardiff City untuk menyertai kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat, Los Angeles FC (LAFC).
Berita mengejut itu tidak hanya memberi tamparan kepada peminatnya di Cardiff, di mana dia dilahirkan di bandar raya tersebut pada 16 Julai 1989, malah mengejutkan penyokong Tottenham, yang disebut-sebut sebagai destinasi seterusnya jika Bale meninggalkan Real Madrid.
Pemilik lima trofi Liga Juara-Juara bersama Real itu akhirnya meninggalkan kota Madrid awal tahun ini sebagai ejen bebas, dan mengetuai negaranya, Wales layak Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 64 tahun.
Pernah dianggap sebagai pemain Britain terhebat sepanjang zaman, Bale menandatangani perjanjian 12 bulan dengan LAFC, yang hanya diasaskan pada 2014 dan diberi pilihan untuk melanjutkannya selama 18 bulan lagi.
See you soon, Los Angeles. ? @LAFC @LAFC3252 pic.twitter.com/GVP8WVWLPe
— Gareth Bale (@GarethBale11) June 25, 2022
Pemain sayap berusia 32 tahun itu mengesahkan perpindahan tersebut dengan menulis di media sosial, dia bersedia untuk membuat penampilan sulung menentang pesaing LAFC, LA Galaxy pada 8 Julai.
Selain Bale, turut bersedia membuat penampilan sulung adalah legenda Itali dan Juventus, Giorgio Chiellini, yang terlebih dulu berpindah ke MLS.
Ramai yang menyeru Bale untuk kembali ke Britain, sama ada dalam Liga Perdana atau Liga Kejuaraan, namun nampaknya dia melihat MLS sebagai pentas persediaan menjelang Piala Dunia 2022 di Qatar, November nanti.
Wales berada dalam kumpulan yang sama dengan Amerika Syarikat (AS) pada kejohanan itu, selain England dan Iran.
Di LAFC, Bale akan bermain bersama bekas bintang Arsenal, Carlos Vela yang memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dan Kasut Emas 2019. – AGENSI