Bahrain dipaksa kerja keras sebelum menang

Bahrain dipaksa kerja keras sebelum menang

Pemain Bahrain dikawal ketat pemain Bangladesh pada aksi kelayakan Piala Asia 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL: Pasukan di ranking ke 188 dunia, Bangladesh memastikan Bahrian terpaksa bekerja keras sebelum memenangi perlawanan dengan keputusan 2-0 pada aksi sulung Kumpulan E kempen Kelayakan Piala Asia 2023, sebentar tadi.

Turun dengan reputasi selaku pasukan pilihan dalam kumpulan dan berada di kedudukan 89 dunia nyata tidak menggerunkan Bangladesh yang berjaya mengekang asakan lawan sebaik wisel perlawanan dibunyikan.

Ketangkasan penjaga gol Bangladesh, Anisur Rahman yang menggagalkan percubaan tepat ke gawang gol pada minit ke 22 dan 28 memastikan gawang tidak dibocori.

Selepas berjaya mengekang asakan lawan dari pelbagai sudut, gawang gol Bangladesh akhirnya dibocori menerusi tandukan Ali Abdula Haram pada minit ke-31.

Selang dua minit kemudian, Bahrian menggandakan kelebihan jaringan hasil rembatan leret dari luar kotak penalti oleh Komail Hasan Alaswad untuk menewaskan Anisur buat kali kedua.

Memasuki babak kedua, Bahrian terus melancarkan serangan bagi menambahkan jaringan namun Bangladesh kental bertahan untuk memastikan gawang mereka tidak dibocori lagi sehinggalah tamat perlawanan.

Kemenangan mengatasi Bangladesh dengan hanya dua gol sesuatu yang agak mengejutkan memandangkan kedudukan rangking yang berbeza diantara kedua-dua pasukan ini.

Bahrian akan turun lagi buat kali kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil menentang Malaysia pada aksi yang dijadualkan berlangsung, Sabtu ini. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN