fbpx

Atlet ‘paling seksi’ mahu dikenali sebagai bintang sukan

ALICIA SCHMIDT

LONDON: Alica Schmidt, atlet jelita Jerman yang pernah menolak tawaran majalah PlayBoy menegaskan, dia mahu dikenali sebagai bintang sukan dan bukan model.

Berusia 23 tahun, Schmidt yang pernah mendapat julukan ‘atlet paling seksi di dunia’ berkata, imejnya sebagai atlet sukan sangat penting.

Schmidt merupakan anggota simpanan kuartet 4×400 meter (m) campuran Jerman pada Sukan Olimpik Tokyo tahun lalu, namun dia tidak diturunkan, sebaliknya lebih glamor kerana penampilannya.

Dia semakin mencuri tum­puan selepas keluar bersama bintang penyerang Brazil, ­Neymar bulan lalu, selain sering menerima tawaran peragaan.

ALICIA turut dikenali dalam bidang peragaan.

Schmidt memuat naik gambarnya bersama Neymar di ­Instagram dan menulis, ‘Adakah kami perlu berlumba antara satu sama lain?’

“Semua ini (menerima ­tumpuan) adalah momen dan pengalaman yang saya sangat hargai.

“Bagaimanapun saya mahu dikenali sebagai atlet dan bukan seorang model.

“Saya mahu memberi inspirasi kepada orang muda dan memberi mereka gambaran tentang sukan saya yang indah,” katanya kepada akhbar harian Jerman, Bild.

Menurut Schmidt, dia menyasarkan untuk memenangi pingat dalam acara 400m pada Kejohanan Olahraga Jerman di Berlin hari ini.

Dia juga mahu memburu pingat emas dalam acara berganti-ganti serta individu pada Kejohanan Eropah di Munich ­akhir hujung tahun nanti. – AGENSI

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!