Arsyad ‘layan’ Melur untuk Firdaus

Arsyad ‘layan’ Melur untuk Firdaus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH
MEMILIKI ketinggian 1.84 meter (m), jaguh pecut kelahiran Johor, Muhammad Arsyad Md. Saat memiliki ‘x-factor’ kerana ketinggian dan ketampanan wajahnya.
Meskipun mempamer aksi kurang sempurna dalam acara 4x100m dan 200m lelaki pada Sukan SEA di Hanoi, Mei lalu, namun Arsyad mempunyai masa depan yang amat cerah kerana baru berusia 20 tahun.
Arsyad yang menyambut ulang tahun ke-20 pada 9 Mei lalu mula mewakili negara pada usia 16 tahun, selain pernah dipilih menjadi pembawa Jalur Gemilang dalam Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019 di Semarang, Indonesia.
Pada April lalu, dia merekodkan masa peribadi terbaiknya 10.64 saat (s) dalam Grand Prix Malaysia, memperbaharui catatan lama 10.70s yang dicipta pada kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 2019.
Bersama wartawan Mingguan Malaysia, NOR LIYANA TARMIZI, ruangan Tanya Je…minggu ini, Arsyad berkongsi sedikit sisi peribadinya.

1. Filem terakhir anda tonton?
The Karate Kid.

2. Drama Korea, Melayu dan Hollywood, mana anda lebih suka?
Drama Melayu, contohnya sekarang saya tengah tengok drama Melur untuk Firdaus.

3. Jika anda seorang guru, subjek yang anda paling suka mengajar
Pendidikan Seni dan Visual.

4. Media sosial yang paling aktif digunakan untuk berkomunikasi dengan penyokong dan peminat?
Instagram dan TikTok tapi yang paling aktif TikTok.

5. Jika boleh mengulang kembali waktu sekolah dulu, mata pelajaran apa yang anda ingin kuasai?
Pendidikan seni, sebab saya memang suka melukis sejak kecil dan saya berkebolehan buat graffiti. Kalau ada peluang, saya pun teringin ajar subjek ini untuk kawan-kawan sekelas.

6. Tempat joging yang paling suka berlari?
Tasik Y, Batu Pahat.

7. Waktu paling anda suka tidur?
Pukul 11 malam, selalunya sebelum 12 pagi.

8. Tiga perkara anda buat sebelum bertanding?

Berlatih bersungguh-sungguh, jaga solat dan jaga pemakanan.

MUHAMMAD Arsyad Md. Saat bersama kuartet 4x100m negara yang memenangi pingat perak pada Sukan SEA di Hanoi, bulan lalu.

9. Maserati atau Volvo?
Maserati.

10. Kenangan bercinta paling anda tidak boleh lupakan sehingga hari ini?
Cinta jarak jauh, saya di Johor dan si dia pula di Kedah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×