'Zulhelmi' okey, tidak tertekan

‘Zulhelmi’ okey, tidak tertekan

GUILHERME de Paula (kiri) memberi penghormatan kepada penyokong Harimau Malaya selepas tamat perlawanan persahabatan menentang Brunei di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prestasi di atas padang tidak konsisten adalah lumrah sebagai pemain tetapi apa yang penting adalah kekal bekerja keras untuk membantu pasukan melakar keputusan positif.

Itulah semangat dan harapan dilontarkan penyerang naturalisasi negara, Guilherme de Paula yang mendapat kritikan peminat tempatan sejak dipanggil menyertai skuad kebangsaan.

Ternyata kritikan ke atas dirinya dibalas dengan kejayaan menjaringkan satu gol membantu kemenangan bergaya 4-0 mengatasi Brunei pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

De Paula yang mesra disapa Zulhelmi oleh peminat bola sepak tempatantidak menunggu lama untuk membuat bantuan jaringan kepada Faisal Halim selepas dimasukkan pada awal babak kedua.

GUILHERME de Paula meraikan jaringan keempat Harimau Malaya. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) berusia 36 tahun mencetak nama selaku penjaring dengan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-83 selepas Akhyar Rashid dijatuhkan oleh pertahanan lawan.

“Saya gembira apabila penonton memberikan sokongan yang baik dan saya tahu kualiti serta apa yang perlu saya lakukan. Secara jujur, saya tidak nafikan ada ketika saya bermain dengan teruk, ada masa saya beraksi dengan baik.

KEMENANGAN ke atas Brunei dalam aksi persahabatan malam tadi menceriakan ribuan penyokong yang kembali ke Stadium Nasional, Bukit Jalil selepas lebih dua tahun.

“Apa yang pasti, tiada tekanan pada diri kerana saya hanya perlu bersedia dengan setiap peluang yang ada kerana jurulatih juga memberikan kebebasan buat kami di atas padang.

“Tidak kira saya yang menjaringkan gol atau pemain serangan lain Safawi Rasid, Faisal Halim atau Akhyar Rashid yang penting misi pasukan melakar kemenangan tercapai.

“Kini, fokus utama perlu dialihkan pada aksi persahabatan seterusnya menentang Hong Kong yang dianggap ujian terakhir sebelum kempen kelayakan Piala Asia 2023 nanti,” katanya ditemui media selepas perlawanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya