‘Zulhelmi’ akhirnya rasa diterima

‘Zulhelmi’ akhirnya rasa diterima

GUILHERME de Paula (kiri) memberi penghormatan kepada penyokong Harimau Malaya selepas tamat perlawanan persahabatan menentang Brunei di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sering menjadi sasaran kemarahan penyokong setiap kali keputusan perlawanan tidak memihak Malaysia, Guilherme de Paula akhirnya merasai soko­ngan ‘ekor Harimau Malaya’ ketika membantu skuad negara membenam Brunei 4-0 dalam aksi persahabatan kelmarin.

Beraksi di depan penyokong sendiri di Stadium Nasional, Bukit Jalil selepas lebih dua tahun, De Paula yang mesra disapa Zulhelmi dalam kalangan peminat bola sepak tempatan meledak satu gol dan satu umpanan.

Penyerang naturalisasi kelahiran Brazil berusia 36 tahun itu tidak menunggu lama untuk membuat impak apabila dimasukkan sebagai pemain gantian dengan mencipta gerakan jaringan kepada Faisal Halim di awal babak kedua.

Dia kemudian mencetak nama selaku penjaring dengan menyempurnakan penalti pada minit ke-83 selepas Akhyar Rashid dijatuhkan oleh pertahanan lawan.

GUILHERME de Paula (kanan) terjatuh selepas diasak penjaga gol Brunei, Muhammad Haimie Abdullah Nyaring dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin. – MINGGUAN/FARIZ RUSADIO

“Saya gembira apabila penonton memberikan sokongan yang baik dan saya tahu kualiti serta apa yang perlu saya lakukan. Secara jujur, saya tidak nafikan ada ketika saya bermain dengan teruk, ada masa saya beraksi baik.

“Apa yang pasti, tiada tekanan pada diri kerana saya hanya perlu bersedia dengan setiap peluang. Jurulatih juga memberikan kebebasan buat kami di atas padang.

“Tidak kira saya yang menjaringkan gol atau pemain serangan lain Safawi Rasid, Faisal Halim dan Akhyar Rashid yang pen­ting misi pasukan melakar kemenangan tercapai,” katanya.

Malaysia yang dalam persiapan menghadapi kelayakan Piala Asia 2023 bulan depan, kini akan menentang Hong Kong pada perlawanan persahabatan kedua di Bukit Jalil, Rabu depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN