United hampir ikat Nunez

United hampir ikat Nunez

DARWIN NUNEZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penye­rang Benfica, Darwin Nu­nez semakin hampir menyertai Manchester United menerusi perpindahan bernilai 50.6 juta pound (RM279.36 juta).

Bintang Uruguay berusia 22 tahun itu menjadi pemain paling menonjol dalam Liga Portugal musim ini dengan meledak 34 gol dan empat bantuan jaringan, sekali gus menjadikannya rekrut baharu yang amat diinginkan pengendali Red Devils, Erik ten Hag.

Kejayaan Nunez meledak gol menakjubkan ketika me­numpaskan skuad bimbingan Ten Hag, Ajax 1-0 pada pusi­ngan 16 akhir Liga Juara-Juara, Mac lalu adalah detik yang mula memikat pengendali kelahiran Belanda itu untuk mendapatkan khidmatnya.

Selain United, gergasi ­Sepanyol, Atletico Madrid turut berminat mendapatkan Nunez.

Begitupun wartawan bola sepak GiveMeSport, Dean Jones mendakwa, Red Devils hampir pasti menjadi destinasi pilihan pemain tersebut.

Jones turut mendakwa, United perlu membayar sekitar 50.6 juta pound kepada Benfica bagi membolehkan kelab Portugal tersebut mencari pengganti yang berkualiti.

Dengan Edinson Cavani bersedia meninggalkan Old Trafford, Ten Hag melihat Nunez sebagai pemain yang amat sesuai untuk digandingkan bersama bintang veteran mereka, Cristiano Ronaldo di jentera serangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN