Raducanu masih jauh untuk menggegar dunia

Raducanu masih jauh untuk menggegar dunia

raducanu
EMMA Raducanu membalas pukulan pemain Belarus, Aliaksandra Sasnovich pada pusingan kedua Terbuka Perancis di Gelanggang Suzanne-Lenglen, Paris semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Perjalanan Emma Raducanu untuk menjadi antara pemain tenis terbaik dunia masih jauh selepas bintang remaja Britain itu mengalami satu lagi kekalahan mengejut pada Terbuka Perancis semalam.

Selepas melakar kemenangan sensasi muncul juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), September lalu, remaja berusia 19 tahun itu gagal mengukuhkan kedudukannya dalam kancah elit wa­nita apabila tumbang 6-3, 1-6, 1-6 kepada Aliaksandra Sasnovich dari Belarus di pusingan kedua.

Kekalahan kepada pemain No. 47 dunia itu bermakna, selepas lima bulan mengharungi musim 2022, Raducanu hanya mencatat dua kemenangan ke atas pemain dalam kelompok 50 terbaik dunia.

Raducanu yang membuat penampilan sulung Terbuka Perancis sebagai pemain profesional bagaimanapun tetap berpuas hati dengan perjalanan kariernya.

“Sebelum ini, saya membiarkan kekalahan memberi kesan buruk kepada permainan saya.

“Bagaimanapun sekarang, saya melihat semuanya sebagai proses pembelajaran.

“Saya tahu di mana kesilapan, bahagian yang boleh diperbaiki dan ada ramai pemain lebih bagus,” katanya.

Turun sebagai pilihan ke-12, Raducanu membuka set pertama dengan permainan agresif dan lebih baik untuk memimpin perlawanan 6-3.

Dia yang turut kalah kepada Sasnovich dalam final Indian Wells tahun lalu bagaimanapun membaut 33 kesilapan sendiri yang membawa kepada kekalahan 1-6, 1-6 pada dua set sete­rusnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.