fbpx

Rachel kotakan janji raih emas

RACHEL Yeoh melakukan lompatan emas dalam acara papan bertingkat wanita padaSukan SEA 2021 di Hanoi hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIN ZON.

HANOI: Atlet gimnastik artistik wanita negara, Rachel Yeoh Li Wen mengotakan janji untuk menukar warna pingat pada penampilan keduanya dalam Sukan SEA apabila merangkul emas dalam acara palang bertingkat di Hanoi sebentar tadi.

Lebih manis, dia mempertahankan emas yang dimenangi Farah Ann Abdul Hadi pada temasya di Manila 2019 dan ketika itu Rachel membawa pulang gangsa.

Dalam aksi di Pusat Gimnasium Quan Ngua, gimnas berusia 23 tahun itu memperagakan aksi cukup sempurna untuk mengutip 13.00 mata meninggalkan pencabar terdekatnya dari Vietnam, Pham Nhu Phuong 12.467, manakala gangsa milik Singapura, Nadine Nathan Joy (12.433).

“Sangat gembira kerana dapat buktikan saya mampu meraih emas. Segala pengorbanan dalam latihan dan segalanya berbaloi.

“Saya ingin menghadiahkan emas ini kepada Malaysia dan semua yang menyokong saya hingga ke tahap ini,” katanya yang turut meraih gangsa dalam all-around individu semalam.

Pada edisi 2019, Rachel meraih gangsa dalam dalam acara itu, manakala perak dimenangi atlet Vietnam, Do Thi Ngoc Huong dan emas diraih Farah. – UTUSAN ONLINE

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!