fbpx

30 Jun 2022, 8:53 am

  TERKINI

Nor Sarah hadirkan kejutan emas lompat bergalah

NOR Sarah Adi menghadiahkan pingat emas ke-19 buat Malaysia dalam acara lompat bergalah di Stadium My Dinh, Hanoi hari ini. - IHSAN MSNOFFICIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Nor Sarah Adi menjelmakan pingat emas ke-19 kontinjen negara di Sukan SEA Vietnam 2021 dalam acara lompat bergalah wanita yang berlangsung di Stadium My Dinh, sebentar tadi.

Atlet dari Pahang  berusia 22 tahun itu berkata, emas dalam acara lompat bergalah sama sekali tidak dijangka memandangkan dirinya ke Hanoi untuk menyertai acara 4×100 meter (m).

“Saya layak untuk 4x100m tetapi menerima peluang untuk menyertai acara lompat bergalah. Tentunya peluang sebegini tidak selalu dapat dan saya mahu menjanjikanyang terbaik walaupun berdepan kekangan masa untuk berlatih (lompat bergalah).

“Saya juga mengalami kecederaan belakang pada minggu lalu namun alhamdulillah segalanya sudah diatur sebaiknya tuhan. Saya nak melakukan yang terbaik juga dan syukur dapat melakukan lompatan 4m sekali gus memperbaiki catatan peribadi terbaik saya. Saya juga rasa seperti bermimpi apabila memenangi pingat emas ini,” katanya.

Sarah meraih emas dengan lompatan 4m, manakala perak dimenangi atlet Thailand, Chonthicha Khabut (3.80m) dan gangsa dibawa pulang Alyana Joyce Nicolas Martinez dari Filipina, 3.60m.

Dalam pada itu, Sarah turut membantu kuartet 4x100m wanita yang disertai S. Komalam Shally, Zaidatul Husniah Zulkifli dan Azreen Nabila Alias meraih gangsa dengan catatan 45.32s.

Emas dimenangi Thailand dengan catatan 44.39s, manakala perak diraih tuan rumah, Vietnam, 45.25s.

Kuartet 4x100m lelaki disertai Muhammad Arsyad Md Saat, Muhammad Zulfiqar Ismail, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Muhammad Haiqal Hanafi pula mengekalkan perak yang diraih di Filipina 2019 dengan catatan 39.09s manakala Thailand memenangi emas, 38.58s. Gangsa diraih Singapura 39.44s.

POPULAR

KOSMO! TERKINI