Maloney sudah ada formula jumpa Thailand

Maloney sudah ada formula jumpa Thailand

PEMAIN Harimau Malaya bawah 23 menjalani latihan di Padang Latihan Palace Sports Nam Dinh, Vietnam kelmarin. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Brad Maloney mendedahkan sudah menemui ‘formula’ terbaik untuk menje­lang pertemuan menentang Thailand dalam aksi pembukaan Sukan SEA Hanoi di Vietnam esok.

Pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara itu berkata, beliau sudah mengesan beberapa kelemahan ketika aksi persahabatan menentang Timor Leste dan Filipina yang berlangsung di Stadium UiTM, Shah Alam, minggu lalu.

Menurut jurulatih dari Australia itu, anak-anak buahnya juga telah menunjukkan peningkatan positif dalam aksi ke­dua apabila berjaya menjinakkan Filipina 2-0 walaupun sebelum itu tewas 1-2 di tangan Timor Leste.

“Saya rasa banyak perkara kita boleh belajar terutama aksi pertama kita.

“Ketika itu (aksi pertama dengan Timor Leste) ramai muka baharu dalam pasukan, dan keputusan di atas kertas bukan apa yang kita mahukan.

“Tapi kita boleh belajar dalam aksi pertama itu, manakala dengan Filipina pula perkara positif mula ditunjukkan.

“Pemain mula bangkit dan mendapat minit permainan serta membentuk kombinasi dengan baik,” katanya.

Menurut Maloney, walaupun pemain belum berada di kondisi terbaik dan belum capai tahap yang mahukan tetapi, mereka berada di landasan tepat untuk buat yang terbaik.

Selain Thailand, tiga lagi pasukan iaitu Laos, Singapura dan Kemboja turut melengkapkan saingan Kumpulan B itu, manakala Vietnam, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor Leste mengisi Kumpulan A.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan secara automatik akan layak ke separuh akhir, dengan pemenang bakal berentap di final untuk penentuan pingat emas iaitu ibu segala pingat bagi temasya dwitahunan itu.

Skuad B-23 negara tiba di Hanoi kelmarin untuk persiapan aksi pertama namun, mereka berdepan sedikit masalah membabitkan bilik penginapan sebelum isu berkenaan dapat diselesaikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya