Malaysia pilih laluan sukar

Malaysia pilih laluan sukar

PERLAWANAN di antara Malaysia menentang Kemboja di Stadium Thien Truong, Nam Dinh hari ini berakhir seri 2-2. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Malaysia memilih jalan sukar untuk aksi di pentas separuh akhir apabila dijangka menentang  juara bertahan, Vietnam selepas sekadar seri 2-2 menentang Kemboja, sebentar tadi.

Keputusan seri diraih anak didik Brad Maloney ini menyaksikan mereka mengumpul lapan mata dan mampu dipintas Thailand jika mereka mengalahkan Laos pada aksi pukul 8 malam ini.

Thailand ketika ini mengumpul enam mata dan kemenangan ke atas Laos akan meletakkan juara 2017 itu selaku peneraju Kumpulan B manakala Malaysia di tangga kedua.

HADI Fayyadh Abd. Razak (kiri) meraikan jaringannya ketika membantu Malaysia menentang Kemboja dalam aksi Kumpulan B, Sukan SEA 2021 di Stadium Thien Truong, Nam Dinh. – IHSAN FAM

Pada aksi di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, sebentar tadi, Kemboja terlebih dahulu berada di depan pada penghujung babak pertama menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Choun Chanchav untuk menewaskan Azri Ghani.

Memasuki babak kedua, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain yang bersama kelab liga Divisyen 3 Jepun, Azul Claro Numazu, Hadi Fayyadh Abdul Razak selepas enam minit babak kedua bersambung.

Kemboja sekali lagi berada di depan menerusi Ky Rina selang sembilan minit kemudian menerusi serangan balas yang memerangkap pertahanan skuad negara.

Hadi Fayyadh sekali lagi menyelamatkan maruah pasukan setelah meledak gol kedua peribadi dan pasukan pada minit ke-67.

Gol tersebut terus membakar semangat pemain negara untuk memburu gol ketiga namun kedudukan 2-2 itu kekal sehinggalah tamat perlawanan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya