Liverpool akan ke final lagi – Klopp

Liverpool akan ke final lagi – Klopp

JURGEN Klopp cuba menenangkan ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson selepas kekalahan kepada Real Madrid. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Enggan terlalu bersedih dengan kegagalan Li­verpool menjulang kejuaraan Eropah buat kali ketujuh, Jurgen Klopp percaya pasukannya akan menempah tiket final sekali lagi musim depan.

Ketangkasan penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois menggagalkan hasrat Reds untuk bermain ‘sempurna’ selepas kalah 0-1 dalam final Liga Juara-Juara semalam.

Liverpool melancarkan le­bih 20 percubaan bahaya, tampak lebih ampuh di semua posisi, namun jaringan Vinicius Jr. pada minit ke-59 memadai untuk membawa skuad bim­bingan Carlo Ancelotti menjulang kejuaraan Eropah ke-14.

“Dalam bilik persalinan ­tiada siapa yang merasakan kami telah mengharungi musim yang hebat.

“Jelas sekali, kami bermain dengan sangat baik, mungkin bukan sempurna kerana taktik lawan menyebabkan kami tidak dapat mempamer permainan sempurna.

“Bukan penamat yang kami inginkan tetapi saya rasa Liverpool akan kembali, begitulah keadaannya. Di mana final tahun depan? Istanbul? Tempah hotel,” kata pengendali dari Jerman itu.

PEMAIN Real Madrid meraikan kejayaan menumpaskan Liverpool untuk muncul juara Eropah buat kali ke-14 di Paris. – AFP

Klopp juga menegaskan, kegagalan menjulang trofi Liga Juara-Juara tidak sepatutnya menjejaskan ‘musim istimewa’ Reds tetapi mengakui pasukannya harus menyalahkan diri sendiri atas kekalahan itu.

“Mereka menjaringkan gol dan kami tidak. Itu sukar untuk diterima tetapi kami perlu menghormatinya.

“Apabila penjaga gol adalah pemain terbaik perlawanan, sesuatu yang jelas tidak kena untuk pasukan lain.

“Kami mempunyai tiga peluang besar tetapi Courtois melakukan penyelamatan luar biasa,” katanya yang membawa Reds mara dalam tiga ­final Liga Juara-Juara pada 2018, 2019 serta 2022. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN