Feyenoord ke pentas final Eropah buat kali pertama sejak lebih dua dekad

Feyenoord ke pentas final Eropah buat kali pertama sejak lebih dua dekad

PEMAIN FEYENOORD meraikan kejayaan mara ke final Liga Konferensi Europa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARSEILLE: Feyenoord melangkah ke pentas akhir Eropah buat kali pertama dalam tempoh dua dekad selepas menyingkirkan Marseille secara agregat 3-2 pada separuh akhir Liga Konferensi Europa hari ini.

Biarpun sekadar seri 0-0 di Perancis dalam aksi kedua hari ini, kemenangan pada perlawanan pertama di Rotterdam minggu lalu memadai untuk membawa kelab Belanda itu menempah pertemuan dengan Roma dalam final di ibu negara Albania, Tirana, 25 Mei ini.

“Apabila anda melihat dari mana kami datang, bagaimana kami memulakan musim ini dan bagaimana pasukan berkembang, ia sangat mengagumkan.

“Kami akan mencipta sejarah jika menang.” kata pemain tengah Feyenoord, Orkun Kokcu.

Tammy Abraham meledak gol kemenangan Roma.

Dalam satu lagi separuh akhir di Rome, Tammy Abraham memastikan Roma ke final menerusi agregat 2-1 selepas meledak gol tunggal ketika meraih kemenangan 1-0 ke atas Leicester City.

Bekas bintang Chelsea itu menanduk bola pada minit ke-11 di Stadio Olimpico, sekali gus menyaksikan pasukan bimbingan Jose Mourinho ke final kejohanan Eropah pertama mereka selepas lebih tiga dekad.

Selepas perlawanan, Roma mengumumkan tiket untuk perlawanan akhir akan diedarkan secara percuma kepada pemegang tiket bermusim, ganjaran untuk sokongan luar biasa yang ditunjukkan kepada pasukan yang kini menduduki tempat kelima Serie A.

“Sebelum perlawanan bermula, penyokong memenangi perlawanan ini untuk kami. Kami belum berada di atas padang tetapi sudah mula mendengar sokongan mereka.

“Kemenangan ini adalah untuk mereka dan pasukan saya. Saya harap kami dapat menjuarainya,” kata Abraham yang meledak gol ke-25 musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya