Acara campuran tidak diwajibkan – ISTAF

Acara campuran tidak diwajibkan – ISTAF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) tidak mempertikaikan batasan agama yang ditimbulkan seorang ahli politik Malaysia berkaitan pergaulan lelaki dan wanita dalam acara campuran yang baru diperkenalkan pada Kejohanan Dunia Piala Raja Thailand, Julai depan.

Tegas Setiausaha Agung ISTAF, Abdul Halim Kader, setiap negara anggota yang terlibat bebas membuat pilihan sama ada mahu menyertai acara campuran atau tidak.

“Pengenalan acara ­campuran ini sebenarnya ­telah beberapa bulan lalu (sebelum Sukan SEA Vietnam yang berakhir Isnin lalu) dimaklumkan kepada semua negara ahli gabungan ISTAF.

“Mereka termasuk negara-negara Islam seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Iran, Iraq, Afghanistan dan Pakistan serta Oman,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

ABDUL HALIM KADER

Halim berkata demikian sebagai jawapan balas kepada Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Pemuda PAS, Faizuddin Zai.

Faizuddin dalam satu ­kenyataan pada 25 Mei lalu menggesa pasukan negara supaya memulaukan Piala Raja Thailand ke-25 sekiranya acara campuran itu dipertandingkan.

Kata Halim, ISTAF memberi kebebasan kepada ahli-ahli gabungannya memilih untuk menyertai sama ada acara beregu (double) campuran atau kuadran (berempat) campuran.

Bagaimanapun mereka tidak dibenarkan menyertai kedua-duanya dalam kejohanan itu di Bangkok.

“Jika mereka kekurangan pemain atau beranggapan tidak mampu bersaing dalam acara itu, penganjur Persatuan Sepaktakraw Thailand (TAT) menawarkan lima lagi acara kategori lelaki dan wanita.

“Acara lain yang boleh ­disertai selain campuran adalah regu berpasukan, antara regu, beregu, kuadran dan gelung,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya