Ten Hag sah pengurus baharu Manchester United

Ten Hag sah pengurus baharu Manchester United

ERIK TEN HAG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester United hari ini mengumumkan pelantikan Erik ten Hag sebagai pengurus baharu pasukan musim depan.

Bos Ajax itu telah menandatangani perjanjian tiga tahun dengan pilihan setahun lagi, bagi menggantikan pengendali sementara, Ralf Rangnick bermula Jun ini.

“Adalah satu penghormatan untuk dilantik sebagai pengurus Manchester United dan saya sangat teruja dengan cabaran yang akan datang.

“Saya tahu sejarah kelab hebat ini dan semangat peminat, dan saya benar-benar berazam untuk membangunkan pasukan yang mampu memberikan kejayaan yang sepatutnya.

“Adalah sukar untuk meninggalkan Ajax selepas tahun-tahun yang luar biasa ini, dan saya boleh memberi jaminan kepada peminat kami tentang komitmen penuh saya dan fokus untuk membawa musim ini ke kesimpulan yang berjaya sebelum saya berpindah ke Manchester United,” kata Ten Hag, 52.

Pengarah Bola Sepak Manchester United, John Murtough berkata, sepanjang empat tahun di Ajax, Ten Hag telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang jurulatih paling menarik dan berjaya di Eropah, selain terkenal dengan bola sepak menyerang dan komitmen kepada pemain remaja.

“Dalam perbualan kami dengan Erik sebelum pelantikan ini, kami sangat kagum dengan visi jangka panjangnya untuk mengembalikan Manchester United ke tahap yang kami mahukan, dan keazamannya untuk mencapai misi tersebut,” kata Murtough.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya