Tak sangka pasukan dari Malaysia kuat - Toru

Tak sangka pasukan dari Malaysia kuat – Toru

BINTANG tengah Johor Darul Ta’zim, Safiq Rahim (kanan) diasak dua pertahanan Kawasaki Frontale dalam perlawanan Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kelmarin. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pengendali Kawasaki Frontale, Toru Oniki mengakui, beliau tidak menyangka Malaysia mempunyai sebuah kelab yang kuat selepas pasukannya diikat 0-0 oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan ketiga Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL) kelmarin.

Skuad Harimau Selatan bukan sahaja bermain secara tersusun, malah menyebabkan Frontale, yang turun dengan reputasi selaku kelab ranking No. 1 Asia dan juara liga utama Jepun (J1) musim lalu mencipta rekod tidak melakukan sebarang percubaan tepat ke gawang lawan.

Menurut penyedia statistik sukan ter­kenal, OPTA, ini kali pertama Frontale gagal melakukan percubaan tepat ke gawang lawan sama ada dalam saingan ACL mahu pun Liga J1 sejak 2017.

STATISTIK perlawanan di antara JDT dan Kawasaki Frontale.

“Saya tidak menyangka bahawa wakil tunggal dari Malaysia mempunyai kualiti dan mampu bersaing dengan pasukan kami, selain bermain dengan cukup teratur walaupun diasak berkali-kali.

“Setiap pemain mereka memberikan aksi terbaik dan kental, memberi kesukaran kepada kami. Untuk itu, kami perlu meningkatkan rentak permainan mengikut acuan taktikal dan cara kami, harapnya ia membantu kami beraksi dengan lebih baik,” katanya.

Sementara itu, pengendali JDT, Benjamin Mora lega berjaya mencuri mata berdepan pasukan kuat Frontale, sekali gus kekal mengungguli Kumpulan I dengan dua kemenangan dan satu seri.

“Ia adalah perlawanan yang sa­ngat sukar, Kawasaki Frontale bermain amat tersusun dan mempamerkan taktikal yang jitu.

“Mereka juga sangat teknikal dan bijak mengatur serangan, ini memaksa JDT mengubah formasi de­ngan bermain lebih kompak dan bertahan.

“Pujian harus diberikan kepada barisan pertahanan kami yang memberikan persembahan mengagumkan setelah bertahan dengan sangat efisyen, menutup ­ruang buat pasukan lawan, melakukan asakan serta mengeluarkan bola daripada zon bahaya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya