Salah Pemain Terbaik FWA buat kali kedua

Salah Pemain Terbaik FWA buat kali kedua

MOHAMED SALAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bintang penyerang Liverpool, Mohamed Salah dinobat sebagai Pemain Lelaki Terbaik Persatuan Penulis Bola Sepak (FWA) buat kali kedua hari ini.

Salah yang turut memenangi anugerah itu pada 2018 mendapat 48 peratus undi, mengatasi bintang Manchester City, Kevin de Bruyne dan pemain West Ham United, Declan Rice yang masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Pemain Mesir berusia 29 tahun itu merekodkan 30 gol dan 14 bantuan jaringan dalam 44 perlawanan untuk Liverpool musim ini dan kekal sebagai tonggak penting skuad Juergen Klopp, yang hanya satu mata di belakang pendahulu, City dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berbaki lima perlawanan.

SAM KERR

Sementara itu, penyerang Chelsea, Sam Kerr pula membawa pulang anugerah Pemain Wanita Terbaik dengan memperoleh 40 peratus undian, mengetepikan penyerang Arsenal, Vivianne Miedema dan pemain City, Lauren Hemp.

Kerr yang juga pemain antarabangsa Australia, adalah penjaring terbanyak dalam Liga Super Wanita musim ini dengan 18 gol.

Salah dan Kerr akan menerima anugerah mereka pada 5 Mei, kata kenyataan FWA. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya