Kemelut Perak FC bakal berakhir?

Perak FC akhirnya dapat ‘tuan’ baharu

PENDERITAAN Perak FC mungkin bakal berakhir dalam masa terdekat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Keresahan peminat Perak terhadap masa depan pasukan bola sepak negeri bakal berakhir apabila Impact Media & Communication Sdn. Bhd. (IMC) bersetuju untuk menjual kelab itu.

Tindakan IMC itu menyaksikan pasukan itu berada di bawah pemilik baharu iaitu JR Resources and Services Sdn. Bhd. (JR), sekali gus membuka lembaran baharu dalam bola sepak Perak khususnya kemelut kewangan menyebabkan tindakan oleh MFL dan Fifa.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IMC, Muhammad Yunus Zakariah petang tadi.

“Isnin lalu, IMC telah menyertai perbincangan dengan syarikat tujuan khas tersebut untuk menjual pegangan mereka ke atas Perak FC.

“Persetujuan itu menyaksikan IMC menjual keseluruhan pegangan mereka pada harga RM1 sesaham, memberikan subaidiari itu nilai keseluruhan berjumlah RM2,500.

“Mesyuarat pada hari Isnin lalu juga telah dijalankan untuk memeriksa dan mengesahkan semua liabiliti kelab tersebut.

“Proses dokumentasi dijangka bermula pada hari Isnin hadapan dan pengambilalihan dijangka selesai sepenuhnya pada hari berikutnya, ” kata Yunus dalam satu kenyataan, petang ini.

Menurut Yunus perjanjian ini telah berjaya dicapai dengan keinginan yang tinggi daripada kedua-dua belah pihak untuk melihat Perak FC kembali semula mencapai kedudukan kewangan yang stabil dan terus bertanding dalam Liga Perdana musim ini.

“Kami memohon maaf kepada semua pemegang saham di atas ketidakupayaan kami menyelesaikan liabiliti kelab sewaktu pegangan singkat kami ke atas Perak FC.

“Kami mengharapkan semangat dan penjagaan yang sama akan diteruskan oleh para penyokong bersama pemilik yang baharu nanti.” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN