Beg baldi pelengkap gaya Aidilfitri

Beg baldi pelengkap gaya Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penampilan anggun di Aidilfitri bukan hanya bergantung kepada busana cantik semata-mata, malah turut dipengaruhi aksesori seperti beg tangan.

Padanan beg yang tepat mampu menyempurnakan keseluruhan gaya si pemakai.

Sempena Aidilfitri ini, Kate Spade New York memperkenalkan koleksi Halo, siluet beg tangan baharu yang direka khas sebagai pelengkap gaya perayaan.

Dengan struktur lembut dan siluet arca yang diinspirasikan daripada bentuk baldi klasik, rekaan ini mengimbangi antara keanggunan santai dengan kemasan moden.

Hasilnya ialah sebuah beg yang terasa yakin namun effortless, sesuai digayakan dari sesi kunjung-mengunjung hinggalah ke pertemuan santai menjelang senja.

Didatangkan dalam tiga saiz versatil, Halo boleh digayakan dalam empat cara berbeza.

Pertama, sebagai beg baldi diikuti wristlet, dipakai di bahu atau secara crossbody.

Keunikan ini sekali gus menjadikannya pilihan ideal untuk pelbagai gaya dan acara.

Profilnya yang minimal namun menyerlah mudah dipadankan dengan baju kurung tradisional mahupun moden.

Bagi musim bunga 2026, koleksi ini diperhalusi dengan pelbagai tekstur dan kemasan mewah termasuk perincian pleated wave, binaan tenunan serta kulit fine-grain lembut.

Palet warna yang segar dan versatil turut menjadi tarikan utama menerusi light cantaloupe, krim, pale citron dan southwest desert, selain hitam.

Gabungan rona ini memberikan nafas baharu kepada gaya Syawal sambil mudah digayakan sepanjang tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN