Kebakaran hutan Bukit Gambir dipadam selepas 15 jam operasi

Kebakaran hutan Bukit Gambir dipadam selepas 15 jam operasi

KEADAAN kawasan hutan seluas kira-kira 1.2 hektar yang terbakar di Taman Bukit Gambir, Gelugor, Pulau Pinang sejak petang semalam.-GAMBAR/IHSAN JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Kebakaran hutan seluas kira-kira 1.2 hektar di Taman Bukit Gambir, Gelugor di sini berjaya dikawal sepenuhnya oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dalam satu operasi hampir 15 jam.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, John Sagun Francis, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 1.51 petang semalam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dikerah ke lokasi.

Katanya, kebakaran melibatkan kawasan hutan dan operasi pemadaman telah dibahagikan kepada dua sektor iaitu Sektor A dan Sektor B bagi memudahkan kawalan.

“Pasukan bomba menjalankan size up dengan kelengkapan perlindungan diri (PPE) lengkap sebelum kerja pemadaman dilakukan menggunakan peralatan seperti firebeater dan jet shooter.

“Selain itu, kerja-kerja fire break turut dilaksanakan bagi mengelakkan api merebak ke kawasan berhampiran,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, selain anggota dari BBP Jalan Perak, operasi itu turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Lebuh Bakau dan Perak Lane serta pemantauan dari udara yang dilakukan dengan menggunakan unit dron.

“Kerja-kerja overhaul di kedua-dua sektor selesai pada pukul 3.53 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya kira-kira pukul 4.45 pagi tadi,” katanya yang memberitahu, bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN