Pemain MU berang Pogba ditawarkan gaji tinggi

Pemain MU berang Pogba ditawarkan gaji tinggi

KEPUTUSAN Manchester United menawarkan gaji tinggi kepada Paul Pogba (tengah) untuk mengekalkan bintang Perancis itu di Old Trafford tidak menggembirakan rakan-rakan sepasukannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pemain Manchester United dilaporkan memberontak selepas kelab menawarkan perjanjian baharu buat Paul Pogba yang menjadikannya pemain mendapat bayaran tertinggi di Liga Perdana Inggeris.

Pogba yang akan tamat kontrak musim panas ini dan bebas mengadakan perbincangan dengan kelab lain masih enggan memberikan komitmen kepada tawaran United untuk perjanjian baharu bernilai 500,000 pound (RM2.8 juta) seminggu.

Tawaran itu merangkumi gaji pokok 400,000 pound (RM2.28 juta) dan 100,000 pound (RM570,000) lagi, termasuk bonus.

Tawaran itu dikatakan telah mencetuskan kemarahan dalam bilik persalinan United, dengan rakan sepasukannya marah ke­rana kelab itu sanggup menjadikannya pemain dengan bayaran tertinggi di negara ini.

Pemain United tidak merasakan Pogba layak menerima kenaikan gaji yang begitu besar, memandangkan dia sangat jarang bermain dan tidak ragu-ragu untuk mengkritik kelab dan bercakap tentang perpindahan.

United berdepan pembe­rontakan skuad kerana pemain merasakan pemain berusia 29 tahun Pogba yang merupakan tonggak utama pemenang Piala Dunia 2018 jarang bermain untuk kelab dan sentiasa bercakap secara terbuka tentang meninggalkan Old Trafford.

United enggan menjual Pogba bulan ini, peluang terakhir kelab itu untuk memperoleh wang lumayan jika menjual bintang Perancis itu.

Bagaimanapun kelab itu tetap bersedia jika Pogba mahu meninggalkan United dengan menyenaraikan beberapa pemain tengah yang menjadi sasaran mereka.

Beraksi di bahagian tengah, Pogba, 29, ketika ini dikaitkan dengan perpindahan musim panas ke Paris Saint-Germain (PSG), Real Madrid dan Juventus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN