Pan Gon harap Farizal cepat sembuh

Pan Gon harap Farizal cepat sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon bersama penolong jurulatih, E. Elavarasan dan jurulatih penjaga gol, Cho Junho melawat Farizal Marlias di kediaman pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, pagi tadi.

Pan Gon dan barisan kejurulatihan Harimau Malaya ke Johor bagi menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022, JDT bertemu Guangzhou FC malam tadi dan mengambil kesempatan itu untuk turut bertemu sendiri dengan penjaga gol kebangsaan itu bagi melihat keadaan terkininya.

“Saya berharap Farizal akan cepat sembuh dan dapat kembali turun beraksi seperti biasa bersama pasukan Johor Darul Ta’zim dan seterusnya bersama skuad Harimau Malaya pada perlawanan-perlawanan yang akan datang,” kata Pan Gon.

Farizal mengalami kecederaan selepas berlanggar dengan rakan sepasukan pemain pertahanan Shane Lowry ketika perlawanan Liga Super bertemu Terengganu FC, 10 April lalu.

Penjaga gol JDT itu seakan tidak sedarkan diri terpaksa diusung keluar dan penjaga gol simpanan, Muhammad Haziq Nadzli dibawa masuk bagi menggantikannya.

Skuad Harimau Selatan menang 2-1 pada pertembungan itu hasil dua gol tandukan penyerang sensasi Bergson da Silva yang menafikan gol penyamaan Kpah Sherman sekali gus membantu pasukan mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam empat perlawanan untuk menerajui takhta liga. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN