RM10,000 bayaran peraih kelapa hangus dalam kebakaran

RM10,000 bayaran peraih kelapa hangus dalam kebakaran

ROZIANA Razali tinggal sehelai sepinggang apabila rumah sewanya di Kampung Kok Keli 1, Tumpat, Kelantan musnah dalam kebakaran. - UTUSAN/ ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Hasrat sepasang suami isteri menjelaskan bayaran kepada peraih kelapa muda selepas sambutan Aidilfitri tidak kesampaian apabila wang tunai RM10,000 yang disimpan hangus dalam kebakaran memusnahkan dua buah rumah dan sebuah surau di Kampung Kok Keli 1 di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, Roziana Razali, 43, bersama suaminya, Hasrizan Fakri, 53, dan tiga anak mereka tiada di rumah sewa tersebut kerana keluar menziarahi rakan-rakan mereka sempena sambutan berkenaan.

Roziana berkata, dia mengetahui kejadian tersebut selepas menerima panggilan daripada jiran ketika berada di Kota Bharu, Kelantan.

“Suami saya yang berada lebih dekat bergegas pulang, namun tidak sempat menyelamatkan apa-apa kerana api terlalu marak dan cepat merebak ke rumah sebelah serta surau.

“Kami terkilan kerana wang RM10,000 itu sepatutnya digunakan untuk membayar bekalan kelapa muda yang diambil daripada peraih sebelum raya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Roziana berkata, bayaran tersebut sepatutnya dijelaskan pada hari raya pertama namun tertangguh kerana kesibukan beraya.

“Kini kami tinggal sehelai sepinggang, semuanya musnah dalam sekelip mata,” ujarnya.

Kebakaran tersebut turut memusnahkan rumah milik Mastura Che Soh, 70, yang juga tuan rumah sewa kepada pasangan itu.

Anaknya, Hafizudin Abdullah, 24, berkata, neneknya diselamatkan oleh bapa saudaranya ketika api sedang marak.

“Bagaimanapun, wang simpanan nenek sebanyak RM6,000 turut hangus,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN