JERANTUT: Semangat Aidilfitri di Kampung Orang Asli Sungai Kol, Damak di sini terserlah apabila seorang ibu tunggal Orang Asli Islam etnik Jahut, Latifah Daud, 63, sanggup memasak 600 batang lemang daun lerek bagi memeriahkan sambutan hari raya di situ.
Tradisi memasak lemang menggunakan daun lerek adalah warisan nenek moyang etnik Jahut sejak lebih seabad lalu dan terus dipelihara walaupun mereka memeluk Islam.
Latifah berkata, usaha itu bukan hanya menyediakan makanan tetapi melambangkan perpaduan komuniti Islam dan bukan Islam yang saling bergotong-royong
“Kami hidup susah, hanya bekerja kampung. Tetapi dengan sumbangan pelbagai pihak kami dapat menyediakan lemang untuk semua,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Latifah berkata, tahun ini, jumlah lemang yang dimasak meningkat kerana pertambahan saudara baharu yang memeluk Islam di kampung itu.-UTUSAN.










