Newcastle pancing Coutinho RM5.52 juta

Newcastle pancing Coutinho RM5.52 juta

Coutinho
NEWCASTLE sedia mengemukakan tawaran lumayan untuk membawa masuk Philippe Coutinho.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Newcastle United dilaporkan menyediakan bonus mega 1 juta pound (RM5.52 juta) dalam usaha menarik Philippe Coutinho ke kelab itu pada musim panas ini.

The Magpies sudah mula meneliti perjanjian untuk mendapatkan bintang tengah Brazil itu melalui ejen dengan bonus yang besar bakal dinikmati Coutinho jika dia memilih Newcastle.

Coutinho kembali menemui sentuhan semula sejak dipinjamkan ke Aston Villa dari Barcelona pada Januari lalu dengan menjaringkan empat gol, selain mencipta tiga gerakan dalam 10 perlawanan setakat ini.

Perpindahan tetap ke Villa Park dilaporkan menjadi ‘keutamaan’ Barcelona, ​​dengan perjanjian yang dicadangkan sekitar 33.5 juta pound (RM185 juta) tetapi, minat yang ditunjukkan oleh Newcastle kini merumitkan perpindahan ke Midlands.

Selain Newcastle dan Villla, Arsenal juga dilaporkan turut menunjukkan minat terhadap bekas perancang Liverpool itu.

Gaji besar 480,000 pound (RM2.65 juta) yang dinikmati pemain berusia 29 tahun itu di Nou Camp tidak mampu ditandingi di England.

Villa membayar 25 peratus kurang daripada gaji mingguan pemain itu selama enam bulan, iaitu sekitar 120,000 pound (RM663.378) seminggu.

Pengurus Villa, Steven Gerrard mengakui, kelab itu berminat menandatangani bekas rakan sepasukannya di Liverpool hujung musim ini.

“Bagi saya ia tidak masuk akal untuk membuat keputusan sekarang.

“Kami hanya perlu terus me­nikmati permainannya dari se­karang hingga akhir musim. Saya pasti dia akan membantu kami,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN