Misi 'quadruple' Liverpool terus menyala

Misi ‘quadruple’ Liverpool terus menyala

IBRAHIMA KONATE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Liverpool mengesahkan tiket ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas terselamat daripada kebangkitan saat akhir Benfica pada suku akhir kedua di Anfield sebentar tadi.

Juara Eropah enam kali itu diikat 3-3, namun menempah pertemuan dengan Villarreal selepas menang secara agregat 6-4.

Kemenangan 3-1 yang dilakar di Lisbon minggu lalu menyelamatkan anak-anak buah Jurgen Klopp yang berdepan detik cemas menuju ke penghujung perlawanan.

Ibrahima Konate memberi permulaan baik buat Liverpool apabila meletakkan pasukan itu di depan menerusi tandukan pada minit ke-21.

ROBERTO Firmino meledak dua gol untuk memastikan kemaraan Reds ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

Goncalo Ramos bagaimanapun menyamakan kedudukan 1-1, sembilan minit kemudian dan keputusan itu kekal sehingga tamat babak pertama.

Semuanya kelihatan cukup sempurna buat Reds sebaik sahaja separuh masa kedua bersambung apabila Roberto Firmino meledak dua gol pada minit ke-55 dan 65.

Ketika Benfica dilihat sudah tidak punya harapan, Roman Yaremchuk dan Darwin Nunez mengejutkan tuan rumah dengan menjaringkan dua gol dalam tempoh 17 minit terakhir.

Bagaimanapun kebangkitan yang cuba dilakukan kelab Portugal itu sudah terlalu lewat, dan tidak mampu menghalang Reds daripada meneruskan kemaraan.

PENYERANG Benfica, Darwin Nunez menewaskan penjaga gol Liverpool, Alisson pada suku akhir kedua Liga Juara-Juara.

Liverpool yang akan menerima kunjungan Villarreal pada separuh pertama, 27 April ini, kekal di landasan untuk memburu empat trofi musim ini.

Klopp melakukan tujuh pertukaran daripada skuad yang seri 2-2 dengan Manchester City dalam saingan Liga Perdana, Ahad lalu kerana perlu bertemu City sekali lagi pada separuh akhir Piala FA, Sabtu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN