Liverpool kena masuk ‘gear 5’

Liverpool kena masuk ‘gear 5’

Selepas seri 2-2 dalam saingan Liga Perdana, Ahad lalu Liverpool dan Manchester City dijangka menampilkan beberapa kelainan yang akan mengejutkan satu sama lain apabila berentap lagi pada separuh akhir Piala FA malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurgen Klopp menggesa Liverpool mempamer aksi lebih baik berbanding ketika seri 2-2 dengan Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Ahad lalu apabila kedua-dua pasukan berentap sekali la­gi pada separuh akhir Piala FA di Wembley hari ini.

Reds bangkit daripada keting­galan dua kali ketika mengikat City dalam aksi mendebarkan di Etihad, sekali gus menjadikan perebutan kejua­raan Liga Perdana semakin se­ngit ketika sai­ngan berbaki tujuh perlawanan.

Klopp tidak menolak, baik City mahupun Liverpool mampu mengejutkan satu sama lain dengan permainan berbeza di London, dan beliau mahu anak-anak buahnya tampil lebih kuat untuk mencari tiket ke final.

“Kami banyak berfikir tentang perlawanan ini. Kami sedar City sangat kuat minggu lalu dan kami pula tidak berada pada tahap terbaik.

“Jadi, saya ingin melihat pasu­kan ini menampilkan permainan terbaik. Pertembungan pasti menarik, saya menjangkakan ia penuh dengan kejutan.

Jika perlawanan terikat 2-2, ki­ta pergi bersaing selama 120 (ma­sa tambahan), kemudian pe­nal­ti.

“Ia pertandingan menarik dan menjanjikan aksi lebih ­sengit daripada sebelum ini,” kata Klopp.

Sadio Mane dan Mohamed Salah hampir pasti menge­tuai jentera serangan Reds, namun sama ada Luis Diaz atau Diogo Jota akan membentuk gan­dingan bersama mereka men­jadi tanda tanya.

CITY TEMPANG JUMPA LIVERPOOL

Sementara itu, Kevin De Bruyne memberi tamparan hebat apabila mungkin disisihkan kerana kecederaan buku lali.

Perancang utama The Citizens itu menjadi pemain terbaik minggu lalu, namun dikeluarkan ketika berdepan Atletico Madrid pada suku akhir kedua Liga Juara-Juara.

Memburukkan lagi keadaan, pengendali City, Pep Guardiola mungkin kehilangan tonggak per­tahanan yang berada pada prestasi terbaik, Kyle Walker.

Phil Foden yang berbalut di kepala dalam sebahagian besar pertemuan menentang Atletico dijangka dapat beraksi kerana kecederaannya tidak serius.

“Kami memiliki pasukan yang mampu memenangi segala-galanya. Kami sedar, ia tidak mudah tetapi saya kami boleh menang.

“Jika semua berjalan seperti dirancang, kami akan mengharungi minggu yang baik,” kata pertahanan City, Aymeric Laporte.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN