Lebih 7 juta saksikan siaran langsung enam perlawanan JDT di Youtube

Lebih 7 juta saksikan siaran langsung enam perlawanan JDT di Youtube

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Enam perlawanan pertama melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini berjaya mencatat jumlah terkumpul 7.1 juta tontonan menerusi platform YouTube unifi.

Kesemua siaran langsung melibatkan JDT itu mencatatkan angka lebih sejuta tontonan bermula dari perlawanan Piala Sumbangsih, Piala FA hinggakan Liga Super.

Dengan angka ini, purata tontonan untuk setiap perlawanan melibatkan JDT adalah hampir 1.2 juta dengan perlawanan menentang Penang FC mencatat angka tertinggi dengan 1.7 juta,diikuti Terengganu FC (1.3 juta), menurut Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers.

Angka ini tidak termasuk jumlah tontonan di platform unifi TV dan juga saluran Okey RTM. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN