Kelantan FC waspada semangat luar biasa Bos Gaurus

Kelantan FC waspada semangat luar biasa Bos Gaurus

PEMAIN Kelantan FC menjalani latihan akhir sebelum berdepan Perak di Ipoh malam ini. - IHSAN TRW KELANTAN FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Biarpun Perak kini dibayangi kemelut gaji yang menyebabkan sembilan mata mereka dipotong, namun Kelantan FC tetap berwaspada dengan semangat juang Bos Gaurus apabila kedua-dua pasukan berentap dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

Pengedali The Red Warriors (TRW), Rezal Zambery Yahya berkata, kemampuan anak-anak buah Yusri Che Lah itu menumbangkan Selangor II 2-1 dalam aksi terakhir Liga Perdana, Sabtu lalu membuktikan mereka memiliki barisan pemain yang berkualiti serta memiliki semangat juang luar biasa.

“Kemenangan lawan ke atas Selangor II bukan sesuatu yang mengejutkan bagi saya.

“Perak bukan sahaja mempunyai kualiti, malah kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka menjadi kunci kepada kemenangan itu,” kata Rezal Zambery.

PEMAIN Perak FC meraikan kejayaan menumpaskan Selangor II, minggu lalu. – IHSAN PERAK FOOTBALL CLUB

Kata Rezal, anak-anak buahnya perlu memberi tumpuan 100 peratus untuk memenangi perlawanan itu dan melupakan kekalahan 1-2 di tangan Kuching City tempoh hari.

Katanya, kekalahan itu membuka ruang mengenalpasti kelemahan pasukan dan kesempatan yang ada menjelang pertemuan tersebut telah digunakan untuk membuat penambahbaikan.

“Setiap kesempatan yang ada perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dan kita tidak boleh keciciran mata.

“Kami perlu ambil sudut positif bagi perkara ini supaya tidak mengganggu perjalanan skuad. Saya masih realistik dengan misi dan target TRW musim ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN