Emirates terbangkan anda untuk saksikan final Piala FA

Emirates terbangkan anda untuk saksikan final Piala FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERNAH bermimpi untuk menonton perlawanan akhir Piala FA di Stadium Wembley di London dan meraikan kejayaan pasukan kegemaran anda?

Syarikat penerbangan Emirates yang merupakan rakan kongsi rasmi Piala FA Emirates sejak lapan tahun lalu dan Utusan Malaysia kini membuka peluang kepada pembaca bertuah untuk menonton perlawanan akhir Piala FA Emirates secara ‘live’.

Dalam perjalanan ke London, anda akan dapat merasai pengalaman produk dan perkhidmatan yang memenangi anugerah, serta layanan mesra kru kabin multinasionalnya yang sangat dikenali oleh rakyat Malaysia kerana syarikat penerbangan itu telah terbang antara Kuala Lumpur dan menjadi hab kelas dunia di Dubai sejak 26 tahun lalu.

Pembaca boleh menyertai peraduan ini dengan menjawab tiga soalan mudah dan beritahu kami mengapa anda layak untuk menang.

Pemenang akan mendapat dua tiket ke Emirates FA untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA, dua tiket kelas Ekonomi pergi balik ke London serta penginapan hotel tiga hari dua malam. Klik di sini untuk sertai!

Sempadan Malaysia kini telah dibuka dan dunia kini berada di depan pintu anda sekali lagi. Biarkan Emirates menerbangkan anda untuk menonton perlawanan akhir Piala FA.

Berikut terma dan syarat-syarat penyertaan:

• Terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas

• Kakitangan dan rakan-rakan Utusan Malaysia & Emirates serta keluarga pekerja tidak dibenarkan mengambil bahagian

• Satu penyertaan bagi setiap orang

• Kemenangan tidak boleh dipindah milik

• Tertakluk kepada garis panduan kesihatan dan perjalanan Malaysia

• Hari terakhir penyerahan pertandingan ialah 21 April 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN