Rizal terselamat daripada hukuman

Rizal terselamat daripada hukuman

Rizal Ghazali
RIZAL Ghazali terlepas daripada dikenakan hukuman dan hanya menerima amaran daripada FAM gara-gara gagal melapor diri ke kem skuad kebangsaan. - IHSAN SABAH FOOTBALL CLUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tonggak pertahanan Sabah FC, Mohd. Rizal Ghazali terlepas hukuman atau denda, sebaliknya hanya diberikan amaran keras oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) gara-gara tindakannya menolak panggilan skuad kebangsaan.

Setiausaha Agung FAM, Mohd. Saifuddin Abu Bakar dalam satu kenyataan hari ini berkata, pemain berusia 30 tahun itu diingatkan agar tidak mengulangi perkara sama dan perlu memberikan alasan kukuh jika enggan menyertai Harimau Malaya.

Kata Saifuddin sekiranya Rizal melakukan perbuatan sama pada masa akan datang, hukuman berat mungkin menanti pemain yang berasal dari Baling, Kedah itu.

“Susulan itu, surat amaran telah dikeluarkan oleh FAM kepada Mohd. Rizal agar menghormati panggilan skuad kebangsaan jika tidak mahu dikenakan sebarang tindakan dan Mohd Rizal sudah pun menjawab surat tunjuk sebab kepada FAM.

“Sebagai peringatan tambahan, Mohd. Rizal diingatkan agar tampil melapor diri terlebih dahulu dan mengemukakan sebab kepada pengurusan pasukan kebangsaan seandainya ada alasan kukuh untuk menarik diri daripada menyahut panggilan kem latihan pada masa akan datang,” katanya.

Rizal sebelum ini gagal melapor diri ke kem latihan pusat pasukan kebangsaan, Harimau Malaya pada 14 Mac lalu.

Dia yang pada asalnya diletakkan dalam senarai menunggu dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon bagi menggantikan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd. Syahmi Safari  yang meminta pengecualian kerana menyambut kelahiran anak kembar tiganya.

Rizal kemudian memberi alasan, isu kesihatan yang dialami anggota keluarga punca dia tidak dapat menyertai panggilan skuad kebangsaan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN