Peluang pusing Stadium Sultan Ibrahim naik limosin

Peluang pusing Stadium Sultan Ibrahim naik limosin

JDT
ORANG ramai kini berpeluang merasai pengalaman menaiki kenderaan mewah Hummer Limosin mengelilingi stadium ikonik Harimau Selatan, Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi peluang kepada pengunjung ke Stadium Sultan Ibrahim, di sini untuk merasai pengalaman berharga dan unik dengan menaiki kenderaan mewah Hummer Limosin mengelilingi stadium ikonik skuad Harimau Selatan itu.

Ketua Unit Komersil Kelab Bolasepak JDT, Kevin Ramalingam berkata, Hummer Tour itu adalah antara tarikan baharu buat pengunjung untuk meluangkan masa di ‘rumah’ JDT bermula minggu ini.

Beliau berkata, perkhidmatan itu ia sejajar dengan hasrat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu stadium serba canggih itu menjadi tumpuan orang ramai susulan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ketika negara memasuki fasa endemik bermula esok.

Katanya, selain pembukaan pembukaan restoran makanan segera, Woodfire Burger, pihaknya turut merancang untuk mengadakan lawatan stadium secara lebih dekat buat peminat setia JDT.

“Woodfire dan Hummer Tour adalah tarikan yang pertama, selepas ini lebih banyak restoran menarik yang akan dibuka. Sebenarnya, banyak program menarik yang kita rancang namun tidak dapat dilaksanakan disebabkan banyak sekatan, maka terpaksa ditangguhkan dahulu.

“Jadi bermula 1 April ini, banyak yang akan dibuka dan harapnya dalam masa tiga bulan akan datang banyak lagi tarikan diperkenal,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Sultan Ibrahim, di sini hari ini.

Kevin berkata, apabila negara beralih ke fasa endemik esok, beliau berharap segala perancangan yang dibuat JDT bagi menjadikan Stadium Sultan Ibrahim sebagai tarikan pengunjung dapat berjalan dengan lancar.

Katanya, dengan bayaran serendah RM30, pengunjung berpeluang menaiki Hummer Limosin bagi mengelilingi stadium yang menjadi gelanggang buat wira-wira JDT.

“Bagi peringkat awal, JDT Hummer Tour akan beroperasi setiap Jumaat hingga Ahad bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

“Jika ia mendapat sambutan luar biasa, mungkin perkhidmatan ini akan diadakan pada setiap hari dengan disertakan peluang melawat ke dalam stadium,” katanya.

Jelasnya, perancangan yang dilakukan ini serta aktiviti lain yang disediakan, ia akan menjadi tarikan buat pengunjung datang ke stadium ini.

“Kita mahu pengunjung datang ke stadium bukan hanya ketika ada perlawanan sahaja malah dijadikan tempat keluarga meluangkan masa dengan anak-anak mereka.

“Dahulu semasa pandemik, kanak-kanak tidak boleh datang, jadi selepas ini mereka bebas berada di sini dengan SOP yang lebih terbuka, jadi (segala perancangan) kita baru boleh berjaya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya