Malaysia tetap berjuang dengan 16 pemain - Utusan Malaysia

Malaysia tetap berjuang dengan 16 pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia tetap turun dengan semangat juang tinggi biarpun hanya mempunyai 16 pemain untuk menentang Laos dalam Kejohanan AFF Bawah 23 (B-23) malam ini.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, lima lagi pemain yang juga tonggak pasukan tidak dapat diturunkan pada perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional Morodok Techo di Phnom Penh, Kemboja itu.

Semalam, pengendali pasukan, Brad Maloney mengesahkan skuadnya kini hanya tinggal 21 pemain, namun jumlah itu berkurangan selepas melakukan ujian pantas antigen (ART) pagi tadi.

“FAM ingin memaklumkan hanya 16 pemain dapat beraksi pada perlawanan menentang Laos di Stadium Morodok Techo, Phnom Penh, malam ini selepas melakukan ujian pantas antigen (ART) pagi tadi.

“Manakala, beberapa pemain lagi masih menunggu keputusan ART berkenaan daripada Jawatankuasa Penganjur Pertandingan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF).

“Menerusi keputusan ART itu pagi tadi, skuad B-23 kebangsaan akan kehilangan khidmat beberapa pemain utama untuk perlawanan kedua menentang Laos, malam ini.

“Dengan peningkatan jumlah kes positif yang membimbangkan di dalam pasukan di Phnom Penh, Kemboja, kesihatan serta keselamatan pegawai serta pemain terus menjadi keutamaan FAM.

“Namun begitu, demi semangat kesukanan, Harimau Malaya B-23 tetap akan turun mengharungi perlawanan kedua menentang Laos, malam ini dan akan berjuang sehabis baik demi negara meskipun berdepan rintangan Covid-19,” kata kenyataan itu.

Skuad negara wajib menang ke atas Laos malam ini bagi mencuri tiket ke separuh akhir dengan syarat harus melakar meledak dua gol tanpa bolos.

Dalam perlawanan pertama Jumaat lalu, Malaysia tewas mengejut 1-2 kepada Laos. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya