Empat kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat

Empat kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak empat kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 178.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), kawasan lain di negeri itu yang merekodkan bacaan tidak sihat ialah Kuching (166), Samarahan (165) dan Sri Aman (163).

Sementara itu, 61 kawasan di seluruh negara mencatatkan tahap bacaan sederhana antaranya Batu Muda, Kuala Lumpur (73); Kota Kinabalu, Sabah (63); Balik Pulau, Pulau Pinang (55); dan Kangar, Perlis (52), manakala 3 kawasan lagi merekodkan bacaan baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×