Tak menang tiga, dua pun melegakan - Utusan Malaysia

Tak menang tiga, dua pun melegakan

APIT kanan Kuala Lumpur Thunder, Mohamad Azlan Alias (kiri) melakukan hadangan ketika menentang Selangor Pistons dalam STL 2021/2022 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, Ahad lalu. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun menyasarkan untuk memenangi kesemua tiga perlawanan pada minggu kedua, namun dua kemenangan yang dilakar ke atas Perak Bison dan Selangor Pistons dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 minggu lalu tetap melegakan.

Juara bertahan itu berjaya menunjukkan peningkatan pada minggu kedua saingan STL setelah bergelut untuk mendapatkan rentak permainan pada tiga perlawanan pertama.

Sebelum ini, juara bertahan itu menyasarkan wajib untuk mengutip tiga kemenangan, namun dinafikan oleh pemain muda Penang Black Panthers pada Jumaat lalu.

“Kalau ikut perancangan, kami memerlukan tiga kemenangan pada minggu kedua STL tetapi apakan daya, kami tewas kepada Penang Black Panthers Jumaat lalu.

“Apa pun, saya tetap bersyukur kerana KL Thunder berjaya mengutip dua kemenangan minggu ini untuk menstabilkan kedudukan pasukan serta meningkatkan keyakinan permain.

“Selepas kekalahan kepada Penang, pasukan berjaya menunjukkan peningkatan prestasi dari segi pertahanan yang nampak lebih tersusun dalam dua perlawanan ini,” kata jurulatih pasukan, Rashidi Nordin kepada Utusan Malaysia.

Rashidi menambah, pasukannya masih mempunyai kelemahan yang diperbaiki menjelang perlawanan minggu ketiga menentang Johor Tigris dan Kelantan Warriors.

“Di sebalik kemenangan itu, masih banyak lagi kelemahan yang ada pada pasukan terutama di bahagian serangan melibatkan libasan dari apit kanan.

“Saya tidak menyalahkan apit kanan iaitu Azlan Alias yang nampak kurang menjadi kerana dia mengalami sedikit kecederaan di bahagian sikunya berikutan hampir keseluruhan perlawanan kita menggunakan khidmat Azlan,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.