Sedih, tertekan tak capai sasaran - Utusan Malaysia

Sedih, tertekan tak capai sasaran

TAN CHENG HOE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak mencapai sasaran ditetapkan Persa­tuan Bolasepak Malaysia (FAM) ekoran kegagalan Harimau Malaya mara ke separuh akhir Piala AFF punca utama Tan Cheng Hoe meletak jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan.

Cheng Hoe, 53, mengakui, beliau amat sedih dan tertekan selepas Malaysia tersingkir di peringkat kumpulan, namun menegaskan tidak pernah me­nerima tekanan mana-mana pihak untuk berundur.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan keluarga dan pihak pe­ngurusan tertinggi FAM sejurus kembali dari Singapura.

“Saya rasa sedih dan tertekan sebenarnya selepas pulang dari Singapura tempoh hari ­akibat gagal melayakkan Malaysia ke separuh akhir.

“Saya ada berbincang dengan keluarga termasuk pengurusan tertinggi FAM, dan keputusan ini pun diambil.

“Saya mahu beri laluan kepada jurulatih lain, jangan risau tiada desakan oleh sesiapa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ketika ditanya peranca­ngannya selepas meninggalkan skuad kebangsaan yang lebih empat tahun dibimbing, jurulatih kelahiran Kedah itu me­ngakui, belum memikirkan tentang perkara tersebut.

“Buat masa ini saya hanya mahu berehat dan mengkaji kelemahan saya sebagai jurulatih sebelum kembali bekerja.

“Saya mendapat tawaran daripada mana-mana pihak, jadi saya hanya tunggu dan lihat.

“Memang saya mahu berehat tetapi bola sepak adalah passion (keghairahan) dan saya tak boleh tinggalkannya lama-lama,” katanya.

Cheng Hoe secara keseluruhan telah berkhidmat selama 14 tahun bersama FAM, iaitu sejak bergelar penolong jurulatih skuad B-20 dan B-23 kebangsaan pada 2005 hingga 2013.

Beliau kemudian dilantik pada penghujung tahun 2017 sebagai ketua jurulatih menggantikan Nelo Vingada yang hanya sempat berkhidmat kurang dari setahun kepada FAM.

Antara kejayaan yang pernah diraih adalah ketika Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA 2009.

Beliau turut menjuarai Piala AFF 2010 ketika bergelar penolong Datuk K. Rajagobal serta naib juara Piala AFF 2018 selaku ketua jurulatih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya