'Saya bukan pemberontak' - Utusan Malaysia

‘Saya bukan pemberontak’

LEE ZII JIA. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak menafikan ketika ditanya apakah dia mahu meninggalkan skuad kebangsaan, Lii Zii Jia sebaliknya ha­nya membalas: “Saya serahkan semuanya kepada BAM (Persatuan Badminton Malaysia) untuk buat kenyataan.”

Jaguh perseorangan negara itu juga menegaskan, dia bukan pemberontak dan buktinya dia tetap menjalani latihan seperti biasa di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam, di sebalik desas-desus mahu meninggalkan skuad kebangsaan.

Jawapan ringkas juara All England itu kepada sekumpulan pemberita menguatkan dakwaan dia memang berhasrat meninggalkan skuad kebangsaan, biarpun BAM pernah menafikan perkara itu.

Mengapa dan ke mana ha­luannya kini menjadi persoalan peminat badminton tanah air.

Biarpun Zii Jia mungkin sudah mempunyai pe­rancangan, namun hasrat untuk keluar dari BAM tampak rumit.

GOH JIN WEI

Pertama, dia masih muda iaitu 23 tahun, dan hanya memiliki satu kejuaraan utama setakat ini sedangkan BAM sudah melabur lebih RM3 juta buatnya.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria enggan mengulas ketika diajukan mengenai Zii Jia, manakala usaha Utusan Malaysia mendapatkan Setiausaha Agung, Datuk Kenny Goh juga gagal.

Difahamkan, pemain No. 7 dunia itu sudah mengadakan pertemuan dengan pe­ngurusan tertinggi BAM untuk menyatakan hasratnya bergerak sebagai profesional.

Kemerosotan prestasi yang dialami sejak melakar kejuaraan sensasi di All England, Mac tahun lalu antara punca dia nekad untuk meninggalkan skuad kebangsaan.

Suasana dalam kem latihan BAM dikatakan tidak lagi ‘menggembirakan’ pemain itu dan Kelab Raket Badminton Kuala Lumpur (KLRC) yang menempatkan rakan baiknya, Goh Jin Wei disebut-sebut sebagai destinasi dituju.

Begitupun, Pengurus KLRC, Sairul Amar Ayob menegaskan, mereka bukan tempat yang dituju oleh Zii Jia, malah tidak mempunyai kemampuan untuk mendapatkan pemain berprofil tinggi tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya