Aksi Liverpool, Arsenal mungkin ditunda - Utusan Malaysia

Aksi Liverpool, Arsenal mungkin ditunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) mempertimbangkan permohonan Liverpool untuk menunda aksi separuh akhir pertama Piala Liga bertemu Arsenal awal pagi Jumaat ini.

Reds mengemukakan permohonan itu ekoran peningkatan kes Covid-19 dalam kem pasukan.

Kakitangan sokongan skuad bimbingan Jurgen Klopp yang tidak dijangkiti virus memutuskan untuk membatalkan latihan selepas berlaku penularan ketiga di kelab itu.

“Kami menerima permohonan daripada Liverpool untuk menunda perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga bertemu Arsenal.

“Ia sedang dipertimbangkan mengikut peraturan pertandingan seperti ditetapkan pada permulaan musim bersama maklumat yang dikemukakan kelab.

“Kami akan mempertimbangkan dan kemudian mengesahkan status perlawanan secepat mungkin selepas melihat daripada pelbagai sudut,” kata jurucakap EFL.

Liverpool dalam kenyataan sebelum itu berkata: “Reds sudah mengemukakan kepada EFL untuk menangguhkan perlawanan selepas terdapat tambahan pemain dan kakitangan disyaki positif Covid-19

“Atas faktor itu, kelab memutuskan untuk membatalkan sesi latihan pertama di Pusat Latihan AXA.

“Antara pertimbangan yang membawa kepada permohonan ini adalah keperluan untuk memberitahu penyokong lebih awal mengenai sebarang kemungkinan penangguhan perlawanan.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya