fbpx

28 Januari 2022, 8:17 pm

  TERKINI

Klopp relakan Origi pergi

DIVOCK Origi meraikan jaringannya bersama Mohamed Salah dan Trent Alexander-Arnold ketika menundukkan Wolverhampton 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Molineux, Wolverhampton semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurgen Klopp tidak akan menghalang jika Divock Origi mahu meninggalkan Liverpool meskipun memuji penyerang Belgium itu sebagai ‘legenda’ kelab selepas meledak gol kemenangan ketika menewaskan Wolverhampton 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam.

Reds memperoleh banyak peluang untuk meledak gol di Stadium Molineux, namun ketangkasan penjaga gol tuan rumah, Jose Sa menafikan hasrat mereka untuk mendapat gol dalam tempoh 90 minit.

Bagaimanapun Origi yang masuk sebagai pemain gantian berjaya memecah kebuntuan, empat minit memasuki waktu kecederaan selepas memusingkan badan ketika menerima hantaran Mohamed Salah sebelum melepaskan tendangan kaki kiri.

Biarpun tidak mempamer aksi konsisten di Anfield, namun pemain berusia 26 tahun itu banyak kali muncul wira pada waktu yang tepat ketika dibawa masuk sebagai gantian.

PEMAIN Liverpool meraikan gol kemenangan Divock Origi di Wolverhampton.

“Dia (Origi) penyerang yang menakjubkan, namun atas beberapa sebab, dia tidak dapat bermain lebih kerap.

“Saya harap, satu hari nanti dia akan bertemu pengurus lain yang dapat menurunkannya dengan lebih banyak berbanding saya.

“Dia mempunyai penamat yang bagus, antara terbaik pernah saya lihat. Dalam Liverpool, dengan membariskan tiga penyerang terbaik, dia sukar mendapat minit permainan tetapi dia sentiasa positif dan sayangkan kelab ini,” kata Klopp selepas perlawanan.

Biarpun hanya berpeluang beraksi 41 minit dalam aksi Liga Perdana musim ini, namun Origi sudah mencetak dua gol dan membawa impak apabila masuk dari bangku simpanan.

Tiga mata yang dibawa pulang di Wolverhampton meletakkan Reds di tangga kedua liga dengan 34 mata, hanya satu mata dipisahkan di belakang pendahulu, Manchester City. – AGENSI

KAPSYEN
Liverpool-1
DIVOCK Origi meledak gol kemenangan Liverpool pada waktu kecederaan ketika menumpaskan Wolverhampton 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Molineux, Wolverhampton semalam. – AFP

Liverpool-2
DIVOCK Origi meraikan jaringannya bersama Mohamed Salah dan Trent Alexander-Arnold ketika menundukkan Wolverhampton 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Molineux, Wolverhampton semalam. – AFP

POPULAR

KOSMO! TERKINI