fbpx

Betis tamatkan rekod bersih Xavi

BARCELONA: Permulaan sempurna Xavi sebagai pengurus Barcelona berakhir hari ini selepas pasukannya tumpas 0-1 kepada Real Betis di laman sendiri.

Jaringan Juanmi pada minit ke-79 menghantar Betis ke tangga keempat La Liga dengan mengumpul 30 mata, enam mata di belakang pendahulu, Real Madrid.

Xavi memenangi dua perlawanan liga pertamanya sejak membimbing Barca, selain seri dengan Benfica pada saingan Liga Juara-Juara.

Begitupun, kekalahan keempat musim ini meletakkan Barca di tangga ketujuh liga, tujuh mata ditinggalkan Betis. – AGENSI

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!